Friday, April 4, 2008
bab dua: kahwin misyar
Petikan Ceramah Nikah Misyar oleh Dr Asri Zainul AbidinUlama' Khilaf Dalam Membolehkan Pernikahan Misyar:1) Mereka yang mengharamkan: Sheikh Nasiruddin al-Albani dan beberapa ulama lain. Alasan mereka ialah kerana tidak sampai maksud perkahwinan iaitu kewajipan suami kepada isteri seperti nafkah, tempat tinggal dan lain-lain.2) Tidak memberikan hukum: Ulama yang berpendapat sebegini ialah Sheikh Shalil al-Uthaimin.3) Menghalalkan akan tetapi tidak menggalakkannya. Dipegang oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan beberapa ulama' lain. Majma' Fiqh Islam Sedunia membenarkannya.Alasan mereka yang membenarkan ialah:1) Bukan suami yang mengambil hak isteri, akan tetapi si isteri yang menawarkan untuk haknya ditarik. Sebagai contoh seorang wanita berkata kepada seorang lelaki bahawa lelaki tersebut tidak perlu menanggung kewangannya, dan hanya tinggal bersamanya beberapa hari sahaja. Dalam kes ini wanita tersebut sendiri yang menawarkan haknya untuk dikurangkan. Ini sama seperti kes isteri Nabi Muhammad SAW, Ummul Mukminin Saudah yang memberikan giliran harinya untuk bersama Rasulullah SAW kepada Ummul Mukminin 'Aisyah RA.2) Bukan suami yang meminta hak itu dikurangkan, sebaliknya wanita tersebut yang menawarkannya.3) Seeloknya di siasat benarkah isteri itu memang benar-benar sanggup menyerahkan haknya atau hanya cakap sahaja ketika sedang kemaruk cinta. Sebagai contoh, jika dia berkata bahawa si lelaki tidak perlu menanggung kewangannya, maka perlulah bertanya benarkah dia memang betul-betul mampu menanggung dirinya sendiri tanpa tanggungan suami, dan benarkah dia memang rela untuk mengurangkan haknya.Pro dan Kontra:Pro:1) Perkahwinan ini dapat mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin.2) Meredakan tekanan emosi bagi wanita berkerjaya yang mahu bersuami tetapi ramai lelaki yang enggan kerana takut untuk menanggung wanita berpendapatan tinggi.3) Mengurangkan maksiat zina dan muqaddimah zina lebih-lebih lagi kepada golongan muda seperti pelajar-pelajar universiti, lebih-lebih lagi kebanyakan mereka sudah mempunyai pasangan masing-masing, becintan-cintun, dan ke hulu ke hilir dengan bukan mahram.Kontra:1) Takut-takut berlaku penindasan ke atas wanita.2) Masalah jika si isteri mengungkit-ungkit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment